PAS Tidak Akan Beri Kerusi Kepada Pribumi.

22 OGOS : PAS bertegas tidak mahu parti Pribumi Bersatu Malaysia (PRIBUMI) menyertai mereka bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) di bawah Gagasan Sejahtera (GAGASAN) dalam menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU14) akan datang.

Muhyiddin PribumiMalah, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali seolah tidak kisah dengan pertindihan kerusi PRIBUMI dan PAS pada PRU14, kerana PAS yakin dengan sokongan pengundi terhadap partinya terutama di Kelantan.

“PAS tidak ada sebarang hubungan kerjasama politik dengan PRIBUMI. Mereka boleh bertanding dimana kerusi yang mereka mahu.

“Konsep multi-parti d

an bukan hanya dwi parti mungkin (beri) lebih (pilihan) untuk rakyat Malaysia,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PRIBUMI, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan pembahagian kerusi dengan parti pembangkang lain sebagai agenda utama sebaik sahaja pendaftaran parti itu diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) nanti.

Menurutnya lagi, terdapat beberapa kawasan yang dikenal pasti untuk diletakkan calon PRIBUMI dengan membayangkan akan mengambil alih beberapa kerusi milik PAS dan PKR atas dasar memahami matlamat untuk bekerjasama dengan PRIBUMI.

Sementara itu menjawab kenyataan daripada Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub yang menuduh PAS mengamalkan politik samseng di Kelantan, Khairuddin berkata PAN sepatutnya perlu menilai kebolehan parti mereka sendiri sebelum membuat tuduhan tersebut.

“Selalunya yang samseng ialah parti yang tidak tahu mengukur baju di badan sendiri.

“Setiap parti berhak untuk bertanding di mana sahaja mereka mahu. Tapi setiap parti perlu mengukur baju di badan sendiri,” katanya.

Sebelum ini Salahuddin membuat respon balik terhadap kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung larangan penyertaan parti pembangkang selain PKR di Kelantan untuk bertanding di kubu kuat PAS di Kelantan.

Menurut beliau kenyataan Mohd Amar seolah menunjukkan parti Islam itu mengamalkan politik samseng.

Sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s