PDRM tunggu arahan Peguam Negara siasat fasa kedua 1MDB.

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Polis sedang menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan fasa kedua siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya telah selesai menjalankan fasa pertama siasatan di dalam negara berdasarkan lima syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC).

“Saya jangkakan dalam satu atau dua minggu lagi keputusan untuk siasatan fasa kedua akan dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman di sini hari ini yang turut dihadiri timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Sebelum ini, PDRM dalam fasa siasatan pertama telah memanggil lebih 25 individu untuk dirakam percakapan termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Fasa kedua pula, beberapa pegawai polis akan dihantar ke luar negara bagi tujuan melengkapkan siasatan dengan merakam percakapan saksi yang berada di sana.

Dalam perkembangan lain, Khalid menjelaskan, polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang merancang untuk mengadakan perhimpunan aman pada 27 Ogos ini.

Jelasnya, ini susulan keputusan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di Dataran Merdeka.

“Kalau ikutkan DBKL tidak benarkan guna Dataran Merdeka,jadi penganjur kenalah cari tempat lain. Bila tuan rumah tidak benarkan takkan hendak paksa pula?.

“Walaupun tempoh masa sudah suntuk yang mana dia kena pohon 10 hari sebelum penganjuran itu, tetapi kita boleh pertimbangkan. Perhimpunan boleh diadakan tetapi kenalah ikut Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.

Sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s