Ahli Politik Senior Disiasat SPRM Isu Pemberian Tender.

KUALA LUMPUR: Seorang ahli politik senior dilaporkan sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan salah guna kuasa dalam pemberian tender.

New Straits Times melaporkan isteri individu itu dipanggil dua minggu lalu untuk merekodkan keterangannya, dan ahli politik berkenaan dijangka dipanggil ke SPRM hari ini.

Butiran lanjut mengenai ahli politik itu tidak diperoleh, dan setakat ini masih belum diketahui sama ada beliau seorang ahli Parlimen atau Adun.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki enggan memberi komen mengenai perkara itu ketika dihubungi NST.

Awal minggu ini, tiga kakitangan awam kanan, dengan seorang bergelar “Datuk Seri” dan yang lain “Datuk” disoal siasat kerana disyaki terbabit dalam rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Ketiga-tiganya ialah dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kerja Raya dan Tenaga Nasional Bhd, dari ibu kota, Melaka dan Kota Bharu.

SPRM berkata ia membekukan sejumlah RM13 juta dalam bank akaun dan pelaburan.

Sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s