Pembangkang Memang Tidak Pernah Sepakat, Tidak Hairanlah Muhyiddin Ditolak.


19 OGOS : Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin tidak hairan dengan permainan politik yang ditunjukkan oleh semua parti pembangkang di negara ini yang dilihat tidak pernah sepakat dalam banyak hal.

Menurut Bung Moktar, pembangkang juga dilihat lebih kepada suka ‘syok sendiri’ dengan isu melibatkan politik parti masing-masing termasuklah dalam soal mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Pembangkang memang macam ni, mereka sentiasa tidak sehaluan dan selalu tamak untuk menjaga kroni masing masing.

“Jadi tidak hairanlah kalau mereka menolak Muhyiddin Yassin untuk jadi ketua pembangkang. Sebenarnya pembangkang ini banyak syok sendiri, mereka pun sedar rakyat akan tolak mereka dalam PRU tetapi mereka ego dan suka syok sendiri,” kata Bung kepada BNBBC.my portal pada Jumaat.

Bung Moktar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan beberapa parti pembangkang yang menolak Muhyiddin untuk menjadi Ketua Pembangkang selepas mendaftarkan sebuah parti baru Pribumi Bersatu Malaysia (PRIBUMI) awal Ogos lalu.

Bagaimanapun semalam Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata Muhyiddin ada peluang untuk dilantik selaku ketua pembangkang sekiranya parti PRIBUMI yang diterajuinya komited dengan reformasi, menghormati sistem demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Menurut Nurul Izzah Pakatan Harapan sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak, selagi mereka menghormati syarat utama (reformasi) untuk mewujudkan timbang tara yang jelas di Malaysia.

Sebelum ini Parti Amanah Negara (PAN) dan PAS Selangor juga menyatakan hasrat sama menolak Muhyiddin menjadi Ketua Pembangkang kerana lebih mempercayai kepimpinan Wan Azizah.

Sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s