Pemuda UMNO Bidas Sikap Diskriminasi Pemimpin Dap Pulau Pinang

BUKIT BENDERA, 12 Ogos – Jika sebelum ini Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi mencetuskan kontroversi kerana melabelkan kakitangan kerajaan sebagai kucing kurap kini sekali lagi ia berulang apabila bertindak diskriminasi hanya kerana seseorang itu menjadi ahli UMNO. Sikap pemimpin Dap ini dibidas oleh Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang kerana ianya bukan sahaja melibatkan penyalahgunaan kuasa…

Sikap pemimpin Dap ini dibidas oleh Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang kerana ianya bukan sahaja melibatkan penyalahgunaan kuasa tetapi menganiaya rakyat yang mahu mencari makan di negeri itu.

Ketua pergerakannya, Rafizal Abdul Rahim berkata, beliau mendapat makluman Jeff Ooi telah memaklumkan kepada Datuk Bandar Majlis Badaraya Pulau Pinang (MBPP) bahawa pemilik Bumiputera sebuah hotel beroperasi secara haram dan ia dimiliki oleh tokoh politik UMNO.

“Kami difahamkan bahawa ini adalah satu pembohongan dan juga tindakan terburu-buru tanpa menyiasat fakta. Kami telah dihidangkan dengan permit sementara yang sah dan masih berkuatkuasa oleh MBPP, ini bermaksud bahawa tuduhan mereka beroperasi secara haram adalah palsu dan berniat jahat menganiaya kaum Bumiputera yang menjalankan perniagaan secara sah di negeri ini.

“Kami juga difahamkan Jeff Ooi telah ‘mengarahkan’ agar permohonan pemilik hotel untuk menukar syarat kegunaan bangunan dari pejabat ke hotel tidak diluluskan hanya kerana pemilik tersebut ahli UMNO.

“Kenapa rakyat Pulau Pinang terus menerus didiskriminasikan hanya kerana mereka ini menjadi ahli UMNO walaupun tiada jawatan tinggi di peringkat cawangan, bahagian mahupun negeri? Itulah kekejaman pemerintahan ‘kuku besi’ yang diamalkan oleh pemimpin Dap Pulau Pinang,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Bidasnya, jika Dap sering menempelak kerajaan pusat di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) adalah teruk maka apa yang dilakukan oleh Jeff Ooi ini telah membuktikan bahawa Dap jauh lebih teruk kerana kerajaan pusat tidak pernah menganiaya dan mendiskriminasikan sesiapa pun berdasarkan kepartian individu tersebut.

“Ini merupakan perbezaan yang paling ketara diantara corak kepimpinan pemimpin BN berbanding dengan pemimpin Dap.

“Oleh itu rakyat Pulau Pinang harus sedar bahawa ini adalah cara pemerintahan pemimpin Dap yang terus menerus menganiaya rakyat negeri ini berdasarkan pegangan politik mereka.

“Maka inilah antara isyarat jelas bahawa pada PRU akan datang kita harus menolak kepimpinan Dap. Kita harus pulangkan Pulau Pinang kepada BN demi masa hadapan rakyat,” katanya lagi. 

SUMBER : Pemuda UMNO Bidas Sikap Diskriminasi Pemimpin Dap Pulau Pinang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s