Tidak terpedaya agenda parti baru mahu rebut kuasa. Tajuddin…


BATU PAHAT: Ahli UMNO tidak akan mudah terpengaruh serta terpesona dengan agenda Parti Pribumi Bersatu Malaysia  yang hanya memperjuangkan agenda peribadi bekas pemimpinnya semata-mata.


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata lebih menyedihkan parti berkenaan juga tidak membawa manfaat terutama kemajuan dan pembangunan yang diperlukan rakyat.


“Penubuhan parti itu tidak lain hanya bertujuan untuk pecah belahkan UMNO serta memancing ahli parti menyertai mereka. “Namun perlu diingatkan ahli UMNO bukan sebegitu bodoh untuk menilai baik buruk termasuk halatuju sebenar parti itu yang tidak menguntungkan pun rakyat. “Ahli UMNO setia pada perjuangan sebenar parti memartabatkan maruah bangsa dan tidak sesekali mudah diperdaya parti yang sekadar hanya mahu merebut kuasa,” katanya.


Tajuddin berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Ayer Hitam, di sini, hari ini.  Yang turut hadir, Naib Ketua Bahagian UMNO Ayer Hitam, Junaidi Kamari dan Ketua Wanita UMNO Ayer Hitam, Rahimah Idris.

Selanjutnya. (KLIK SINI)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s