SPRM tumpaskan sindiket penipuan miliki rumah PPR

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melumpuhkan satu sindiket penipuan yang menjanjikan rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jinjang Selatan, Sentul selepas tertangkapnya empat individu dalam beberapa serbuan di sekitar ibu negara semalam.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, sindiket yang terdiri daripada empat lelaki itu dikatakan meminta wang rasuah sebanyak RM37,000 bagi membolehkan orang awam memiliki rumah PPR berkenaan.

Bagaimanapun, hasil siasatan SPRM mendapati projek perumahan yang dijanjikan itu sebenarnya tidak wujud.

“Mereka memperdayakan mangsa dengan menawarkan rumah PPR yang berharga RM42,000 malah setiap pemohon perlu membayar wang tambahan sebanyak RM37,000 sebagai wang rasuah kononya untuk “orang dalam” di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kesemua suspek berusia lingkungan 39 hingga 67 tahun yang juga peniaga itu dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap seorang sebaik siasatan selesai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Azam, siasatan dijalankan di bawah seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan. – K! ONLINE


– Sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s