Jenazah Pie selamat dikebumikan.


BALIK PULAU: Jenazah pelawak dan pelakon veteran, Shafiee Jaafar, 85, atau lebih dikenali sebagai Pie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Teluk Bahang, di sini selepas solat Jumaat, sebentar tadi. Terdahulu, jenazah Allahyarham dimandikan dan dikafankan dari rumahnya sebelum dibawa ke Masjid Teluk Bahang di sini, untuk disembahyangkan.


Kira-kira 250 ahli keluarga, saudara mara, peminat dan rakan artis hadir bagi menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya di sini. Pak Pie menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 9 malam tadi di rumah anaknya di Flet Jalan Hassan Abbas, di sini dipercayai akibat sakit tua.


Kerjaya seni Pak Pie bermula ketika beliau berhijrah ke Pulau Pinang selepas menamatkan pengajian sekolah menengah di tanah kelahirannya di Alor Setar, Kedah, sebelum mengorak langkah dalam bidang seni budaya bermula dengan penyertaan dalam boria. Pak Pie yang memulakan kerjayanya dan berkecimpung dalam bidang seni budaya tradisional, iaitu sekitar dekad 1970-an itu juga sinonim dengan filem Anak Mami.



Malah, bakat serta pembabitannya dalam industri seni dan budaya tradisional itu turut diiktiraf apabila dinobatkan sebagai Tokoh Seni Budaya Negeri Pulau Pinang 2015.


Selanjutnya (KLIK SINI)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s